Sunday, June 20, 2010

Wasiat Batu Nesan...


Sesekali bergambar dengan apek cina apa salahnya ye tak.. Ini adalah kebetulan dan dengan gerak Allah jua. Sebab apa saya kata begitu..

Sebenarnya sejak penghujung April, hati ini begitu gelisah dan gundah gelana kerana asyik teringat pesanan dan dikira wasiat lah juga sebab Ayahanda sudah pergi menghadap Ilahi awal tahun ini. Ini berlaku pada Syawal 2007 selepas saya, Erin , Haziq dan Ayah menziarahi kubur arwah Bonda tercinta. Selepas saya hadiahkan bacaan Yasin dan Ayah yang baca doa lalu kami pulang ke rumah. Masa dalam perjalanan pulang itulah Ayah berpesan kepada saya seandainya Ayah meninggal nanti kuburnya hendaklah ditanda dengan batu nesan sungai.

Oh ya.. sebabnya pada awalnya saya ada bertanyakan pada Ayah, berapa kos untuk membuat batu nesan dan kepuk sekali.. tiba-tiba jer Ayah kata tak payah itu semua. Itu tak penting. Yelah melihat batu nesan Bonda yang begitu simple tidak terukir cantik dan tiada bernama, hanya tarikh meninggal saja.

Lalu Ayah bercerita sebabnya dan melalui pengajian beliau dan guru beliau pernah berpesan begitu. Keluar cerita tentang Dajjal Laknatullah...dan lain.lain..biarlah itu rahsia saya .

Lalu saya pernah mencari pembuat batu nesan dari batu sungai . Rupanya tidak ramai yang mahir. Kalau ada pun disuruhnya kita pula cari batu sungai sendiri dan mereka hanya akan tulis nama pada batu tersebut tanpa mengukir untuk membentuk batu nesan biasa. Rupanya rumit juga yaa.. Untuk mencari yang mahir ni, hingga saya pergi ke Sekincan Selangor. Mereka kata mereka tak buat, kalau ada pun di Kuala Selangor tukangnya cina dan sudah meninggal pun...betapa kecewanya saya ketika itu. Mereka ada memberi saya sepasang batu sungai tanpa membuat apa-apa ukiran itupun harganya RM280. Jika saya bawa batu sendiri dan hanya menempah nama saja dikenakan RM60 saja. Mak aiii..jauh nya beza. Dah le batu tu tak cantik langsung..yelah sekurang-kurangnya ada lah seni sikit. Ini seketul gitu..sedangkan di luar sana saya boleh mendapatkan batu yang agak molek keadaannya. Rasa tak padan dengan harga..


Lalu terjadilah peristiwa yang tidak disangka-sangka. Pada Khamis lepas saya dan Abang tercinta pergi ke Kuala Selangor. Sebenarnya hendak menemankan Abang naik Bukit Jeram. Sila lihat artikel http://merahsilu.blogspot.com/2010/06/bukit-jeram-dan-satu-watak-misteri.html untuk mengetahui lebih lagi penceritaan ini.








Batu sungai seperti gambar di atas saya ambil hujung minggu lepas . Kira okeylah bentuknya berbanding batu yang saya kena bayar RM280. Mungkin asbab batu sungai ini diletakkan di rumah kami, yelah sekurang-kurangnya sebagai tanda ingatan. Bila lihat batu ni ingatlah pada Ayah.. Nak ziarah kubur Ayah jauh di kampung, jadi dapat le tengok batu ni yang asalnya hendak di jadikan batu nesan Ayah.. Mungkin juga ada asbab yang lagi besar...InsyaAllah !!
Lagipun bukan ke batu sungai ni hidup dan sentiasa berzikir pada Yang Kuasa.

Buat Ayahanda, Syukur Anakanda sudah hampir melunaskan wasiat Ayah. Semoga roh Ayah bersemadi dengan aman bersama orang-orang yg soleh.. Dan Bonda jua anakanda tidak pernah lupa. Jasa kalian berdua tidak dapat anakanda menebusnya. Hanya doa dan kiriman hadiah Al-Fatihah anakanda kirimkan selalu.