Thursday, January 22, 2009

KURSUS KECANTIKAN DI BAWAH PROGRAM "SLDN" - Sistem Latihan Dual Nasional

Kepada sesiapa yang berminat untuk menambah kemahiran/skill dalam bidang Kecantikan (Beauty) yang mana sijil dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang mana dahulu dikenali dengan nama MLVK tetapi sekarang JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Saya masih ingat lagi 3 tahun lepas semasa saya menghadiri salah satu kursus (tak ingat plak kursus apa) dibawah anjuran Kementerian Sumber Manusia sendiri selama 2 hari di Kuala Lumpur ada menyebut tentang program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional). Pada ketika itu, program tersebut belum dilaksanakan lagi dan masih dalam pemantauan pihak kementerian akan keberkesananya. Tetapi pada masa itu, saya diberitahu jika dilaksanakan pun hanya beberapa kursus seperti dalam bidang Automotif saja. Oleh itu,dikesempatan yang ada pada masa itu, alang-alang pegawai ada saya memberi cadangan agar Kursus untuk Kecantikan dimasukkan sekali dalam program SLDN tersebut.

Akhirnya, tahun lepas seorang cikgu yang pernah mengajar kursus tersebut pada saya pada tahun 2003 lagi, telah menghubungi saya kursus Kecantikan sudah dimasukkan dalam program tersebut.


Oleh itu di sini saya mewar-warkan satu berita baik kepada sesiapa yang berminat tetapi tiada cukup kewangan untuk mencuba proram SLDN ini.

### Pembiayaan penuh kursus Beauty oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. ###

Tahap boleh ambil : Tahap 1,2 dan 3 selama 2 tahun.
Yuran : Anda cuma perlu bayar sebanyak RM 300.oo sahaja untuk yuran proses.
Umur yang layak :17 tahun - 35 tahun

Sila bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan sijil berhenti sekolah 1 keping.

Daftar cepat kerana tempat terhad..

Sila hubungi saya sekiranya anda berminat email anggun131@gmail.com.


Serba ringkas Kursus Kecantikan - Tahap 1/Level 1



1. Pengenalan

Kursus Juru Kecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

2. Objektif

2.1 Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, b
erpengetahuan
dalam jurusan;

2.2 Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan

2.3 Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.



3. Ringkasan Kursus

3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara

penggunaan perkakas dan alatan solekan.

3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap,

pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

4. Modul Kursus


Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK.

4.1 Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
4.2 Penjagaan kesihatan diri dan salon
4.3 Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
4.4 Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka
4.5 Perawatan kaedah manual
4.6 Perawatan menggunakan mesin
4.7 Perawatan kuku
4.8 Teknik mekap - asas dan professional
4.9 Perawatan bulu mata
4.10 Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter
4.11 Pengurusan salon
4.12 Etika dan penampilan diri
4.13 Perhubungan awam

5. Aktiviti Kursus

5.1 Teori

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.

5.2 Amali
>
Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. “Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.

5.3 Latihan Niaga

Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.

5.4 Ceramah dan Demontrasi

Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.

6. Latihan Logi

Pelajar akan mendapat latihan di salon-salon terpilih selama lebih kurang 3 bulan atau lebih bergantung kepada kemahiran pelatih.

7. Persijilan dan Tempoh Kursus

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) .
Untuk tahap 1,2 dan 3 kursus selama 2 tahun.



8. Prospek Kerjaya

8.1 Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.

8.2 Usahawanita dalam bidang kecantikan






Belajar penjagaan dan perawatan kulit wajah.


Penjagaan kebersihan salon dan susun atur


Teknik make-up asas hingga profesional

Waxing

Perawatan dan penjagaan kuku