Saya masih ingat lagi 3 tahun lepas semasa saya menghadiri salah satu kursus (tak ingat plak kursus apa) dibawah anjuran Kementerian Sumber Manusia sendiri selama 2 hari di Kuala Lumpur ada menyebut tentang program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional). Pada ketika itu, program tersebut belum dilaksanakan lagi dan masih dalam pemantauan pihak kementerian akan keberkesananya. Tetapi pada masa itu, saya diberitahu jika dilaksanakan pun hanya beberapa kursus seperti dalam bidang Automotif saja. Oleh itu,dikesempatan yang ada pada masa itu, alang-alang pegawai ada saya memberi cadangan agar Kursus untuk Kecantikan dimasukkan sekali dalam program SLDN tersebut.
Akhirnya, tahun lepas seorang cikgu yang pernah mengajar kursus tersebut pada saya pada tahun 2003 lagi, telah menghubungi saya kursus Kecantikan sudah dimasukkan dalam program tersebut.
Oleh itu di sini saya mewar-warkan satu berita baik kepada sesiapa yang berminat tetapi tiada cukup kewangan untuk mencuba proram SLDN ini.
### Pembiayaan penuh kursus Beauty oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. ###
Tahap boleh ambil : Tahap 1,2 dan 3 selama 2 tahun.
Yuran : Anda cuma perlu bayar sebanyak RM 300.oo sahaja untuk yuran proses.
Umur yang layak :17 tahun - 35 tahun
Sila bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan sijil berhenti sekolah 1 keping.
Daftar cepat kerana tempat terhad..
Sila hubungi saya sekiranya anda berminat email anggun131@gmail.com.
Serba ringkas Kursus Kecantikan - Tahap 1/Level 1
1. Pengenalan
Kursus Juru Kecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif
2.1 Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, berpengetahuan
dalam jurusan;
2.2 Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan
2.3 Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.
3. Ringkasan Kursus
3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara
penggunaan perkakas dan alatan solekan.
3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap,
pengurusan salon dan khidmat pelanggan.
4. Modul Kursus
Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK.
4.1 Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
4.2 Penjagaan kesihatan diri dan salon
4.3 Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
4.4 Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka
4.5 Perawatan kaedah manual
4.6 Perawatan menggunakan mesin
4.7 Perawatan kuku
4.8 Teknik mekap - asas dan professional
4.9 Perawatan bulu mata
4.10 Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter
4.11 Pengurusan salon
4.12 Etika dan penampilan diri
4.13 Perhubungan awam
5. Aktiviti Kursus
5.1 Teori
Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.
5.2 Amali
>
Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. “Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.
5.3 Latihan Niaga
Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.
5.4 Ceramah dan Demontrasi
Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.
6. Latihan Logi
Pelajar akan mendapat latihan di salon-salon terpilih selama lebih kurang 3 bulan atau lebih bergantung kepada kemahiran pelatih.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus
Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) .
Untuk tahap 1,2 dan 3 kursus selama 2 tahun.
8. Prospek Kerjaya
8.1 Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.
8.2 Usahawanita dalam bidang kecantikan
Belajar penjagaan dan perawatan kulit wajah.
Penjagaan kebersihan salon dan susun atur
Teknik make-up asas hingga profesional
Perawatan dan penjagaan kuku
26 comments:
hi anggun, kursus 2 hari tu ialah Induksi PP-PPD kot. Mungking anjuran saya? haha
Melvin
SLDN sepatutnya adalah percuma. Elaun setiapbulan sebyak 300 akan diberi kerajaan sepanjang kursus. Perantis TIDAK seharusnya membayar ape2 kepada Pusat Latihan. Penyataan anda agak meragukan. Bukankah setiap pelajar yang mendaftar , anda akan menerima RM ### seornag sebgai kos ? knp perlu perantis membayar lagi kepada anda? pelik atau disengajakan?
P/s-baru balik dari JPK di Cyberjaya.
SLDN sepatutnya adalah percuma. Elaun setiapbulan sebyak 300 akan diberi kerajaan sepanjang kursus. Perantis TIDAK seharusnya membayar ape2 kepada Pusat Latihan. Penyataan anda agak meragukan. Bukankah setiap pelajar yang mendaftar , anda akan menerima RM ### seornag sebgai kos ? knp perlu perantis membayar lagi kepada anda? pelik atau disengajakan?
P/s-baru balik dari JPK di Cyberjaya.
Kat mne bole apply...???sy ada skm1&2 skm3 x de..sy dlu stdy di IKBN
dear anggun
im babynia malik, 'female' 22years old kota kinabalu 88818 sembulan im interested with your international beauty face program SLDN System
kindly please email me immediately tekken5_akira@hotmail.com
regard
Hi ,camne nk apply yer tuk skm 3 sahaja..
MY email : nafika@ymail.com
Mcm mana nak apply?
Mcm mana nk apply? Sy ada tahap 1&2.. sy nk sambung tahap 3..
hi anggun, cam mane cara nak apply tuk krusus ni... sy ada tahap 1 &2... nak sambung tahap 3... plz reply soon
Hi anggun. Sy mau apply beautician level 3. Utk tahun ni ada tak? Bila start? Saya nak..
Hi anggun. Cam ne nak apply tuk level 3
Hi anggun. Cam ne nak apply tuk level 3
Selamat Tengah hari, walaopun blog ini sudah lama, tapi saya nak tanya. adakah orang luar negara layak ambil SLDN?
hi..salam cik/puan boleh ke sy nk tahu bagaimana cara sy untuk mendaftarkan krusus seperti..apa ada masa lg ke utk sy daftarkan diri.
hi, kursus ni masih ada ke? saya berminat, sesiapa tahu boleh wassap saya di 0183844150,tq
Anak saya baru berumur 16 tahun 6 bulan..minat sgt nak ikuti kursus kecantikan dan make up ni untuk buka bisness. Boleh kah umur dia bawah 17 tahun ikuti kursus ini.
Tlg watssap saya 0192645204. Terima kasih.
Kay Mariah
email: charkawala@gmail.com
saya berminat daftar..
email amynoraini@gmail.com
terima kasih..
hai ..saya berminat..mcam mana nak daftar?email :nurlinajauna93@gmail.com.tq
Hi..bole daftar lg
Email:ncq8842@gmail.com
Hi..bole daftar lg
Email:ncq8842@gmail.com
Saya berminat untuk mengikuti kursus ini.boleh whatsap untuk maklumat lanjut ..01119462584.harap dapat maklumkan kepada saya segera
Ingin kerja di Aesthetic Spa di Kuala Lumpur? 3 position beauty therapist dibuka! Gaji RM1500+++ Tidak berpengalaman pun ok! Latihan akan diberi. Sila contact 018-9803755 utk maklumat lanjut.
Tempat belajar nama apa n kat mana?
Macam mna nak apply ye?
Post a Comment