Monday, April 5, 2010

Rindu pada kedua orang tua ku.. Part I

Salam..

Hari ni baru terbetik untuk membuat posting. Sebagai mukadimah biarlah saya meluahkan rasa perasaan yang begitu syahdu..

Syahdu kerana rindu pada kedua ibubapa saya yang sudah tiada. Ya rindu pada yang SUDAH TIADA. Walaupun kita dikelilingi oleh insan-insan tidak kira yang kita sayang atau yang menyayangi kita..tetapi perasaan tidak beribubapa lebih terasa sunyi dan hiba..

Rasanya saya akan menulis tentang Ayah dahulu kerana kehilangannya masih terasa dan teringat-ingat hingga sekarang. Ini kerana saya sendiri berada disisinya di penghujung nafasnya. Sempat juga membaca Surah Yassin di telinga Ayah. Masih terngiang-ngiang Ayah sempat mengadu "Aduh!!sakitnya...sakitnya.".sambil mengeluarkan airmata ..mungkin ketika itulah sakaratul maut sudah hampir.."kesian Ayah" kami adik-beradik sempat dengan lembut membisikkan ke telinga Ayah supaya mengucap. Nasib baik 13 orang anak-anak Ayah ada di sisi Ayah ...

18 April ni genaplah 3 bulan Ayah meninggalkan kami. Ayah, anakmu ini bila nampak laut jer terus teringatkan Ayah...nak tau kenapa . Dengan rezeki dari lautlah Ayah memberi kami makan,minum dan membeli pakaian,juga persekolahan kami. Yelah Ayah pernah menjadi pelaut . Itu pun pekerjaan terakhir selepas pencen dari menjadi polis bantuan dan akhir sekali pekebun sekolah rendah tempat saya belajar..

Ayah,apa yang anakmu bangga tentang Ayah adalah Ayah seorang yang penyabar. Tidak pernah kami mendengar Ayah mengherdik atau menengking kami adik-beradik. Cuma masa Ibu masih hidup lagi, Ibu lah yang banyak menegur kami. Hingga di hujung usia Ayah, saya tidak pernah mendengar herdikan atau tengkingan Ayah..penampar? rasanya seingat saya memang tidak pernah langsung..itulah Ayah..Oh! Ayah..Kalau ada pun, Ayah sekadar meninggikan sedikit volume suaranya...

Ayah, ingat lagi masa anakmu ini masih kecil,Ayah begitu mahir membuat bot nelayan..halaman rumah kita sebagai saksi akan kemahiran Ayah..Bila Ayah dah mula mengetam kayu-kayu dan yang tidak boleh anakmu ini lupa ialah "damar" yang dijadikan penampal antara kayu-kayu agar bot nanti tidak dimasuki oleh air..anakmu suka sekali mengacau-ngacau damar tersebut.

Tapi kemahiran Ayah membuat jala dan membuat sampan tidak ada pada kami adik beradik..atau kami sendiri tidak ambil pusing..mungkin sebab pekerjaan atau hobi itu tidak glamor.


p/s: rasanya saya akan sambung kembali kemudian nanti yea. Bila menulis artikel ni, hiba dan sebak :(

2 comments:

Radzi Sapiee said...

Sayaaang isteri Abang...

Harleny Abd Arif said...

Salaam...
Hadirnya saya di sini sbg kunjungan balas saudari ke sanggar jejakmihrabmimbar.com tempoh hari (t kasih atas info masjid tua yg diberi)

Catatan ini mengundang hiba dlm diri. Membaca tajuknya shj buat hati jd sebak...Walaupun saya masih punya ayahanda dan bonda.

Arwah ayahanda saudari beruntung kerana di penghujung nyawa, kesemua anakandanya berada di sisi menemani.

Nilai kasih dan pengorbanan yg dicurahkan kedua orang tua tiada taranya.Justeru kehilangan mereka tiada galang gantinya...

p/s: Bg individu yg masih punya kedua org tua, hargailah kedua mereka selagi hayat masih dikandung badan agar tidak wujud rasa terkilan @ penyesalan setelah ketiadaan mereka...