Friday, November 26, 2010

Selamat Ulang Lahir Suami Ku ke 40




Assalamualaikum....



Hari ini 26 November 2010, maka genaplah umur suami saya Mohd Fahrulradzi Bin Mohamad Sapiee yang ke 40 tahun.


Untuk Abang, dikesempatan ini Sayang doakan semoga dengan bertambahnya umur Abang maka lebih tabah mengharungi kehidupan ini. Diberi kesihatan yang baik. Juga bertambah dan mantap iman juga matang dalam melayari bahtera rumahtangga agar menjadi seorang Khalifah untuk rumahtangga juga masyarakat.

Terima kasih Abang kerana menjaga kami sekeluarga dengan belaian penuh kasih sayang dan perhatian yang Abang berikan. Terima kasih kerana menjadi tunggak dalam kehidupan Sayang. Di kala Sayang dalam kesedihan Abang ada di sisi, di kala Sayang lemah dan hampir tidak berdaya Abang memberikan kekuatan dan semangat.

Semoga impian kita terlaksana . Amin :)

Saturday, July 17, 2010

Mencari satu makam misteri.


Sebulan lepas, kira dalam bulan Rejab, saya bermimpi. Biasanya mimpi jika saya tersedar pasti sudah lupa jalan cerita... selalu juga saya bermimpi untuk memberitahu sesuatu atau sebagainya. Jadi mimpi ini juga agak mistik dan istimewa jugalah.

Dalam mimpi tersebut saya didatangi seorang pakcik berjubah dan berserban putih. Pakcik tersebut saya kirakan persis seorang ulama. Jika seorang wali pun saya rasa ia. Tetapi siapalah saya untuk mengatakan sedemikian. Pakcik tu berpesan sambil nada yang merintih menyuruh saya memindahkan kubur beliau. Ini kerana kubur beliau sudah dikelilingi dengan jerat cina. Dalam mimpi tu saya bersama seorang budak lelaki kira pangkat adik sebab lebih muda dari saya. Adik tersebut saya kirakan penduduk tempatan di situ. Dan lagi ada sebuah surau lama, kira di zaman dulu merangkap masjid jugalah. Lokasi di tepi pantai Kuala Terengganu. Sebab dalam mimpi tersebut sempat menelefon Suami tersayang bertanyakan gambar yg beliau pernah ambil iaitu lokasi saya mimpi. Maklumlah,saya sendiri tidak berapa familiar kawasan2 tertentu jadi Suami le tempat rujukan..merujuk bab2 kebatinan especially KeTuhanan juga hal2 biasa...

Ok kira bab mimpi dah settle... cuma malangnya Pakcik itu tidak memberitahu siapa nama beliau. Saya mengambil sikap acuh tak acuh tentang mimpi itu,tapi jiwa menjadi gundah gulana semacam ada amanah yang perlu saya laksanakan ikut sekadar yg saya mampulah. Oleh itu selang seminggu saya bertafakur apa yang perlu saya lakukan. Mula-mula saya menghubungi pihak SUK Negeri Terengganu. Bercerita serba sedikit perihal mimpi, lalu seorang kakak di talian menyuruh saya menghubungi pihak Muzium Terengganu. Lalu setelah mendapat nombor dari kakak tersebut,saya menghubungi pihak muzium.

Saya tidak ingat siapa nama pegawai tersebut, lalu saya bercerita dari A hingga Z. Sebelum itu sempat saya memberitahu samada beliau hendak percaya atau tidak tentang mimpi saya. Apa yang penting saya perlu melepaskan amanah tersebut.Pegawai itu mendengar dengan tekun dan sebelum saya meletakkan telefon beliau meminta nombor telefon saya agar pegawai lain yang menguruskan hal-hal makam agar dapat menghubungi saya. Kira saya lega tetapi buat seketika.Tunggu punya tunggu hingga beberapa hari tiada "feedback" dari pihak muzium dan sangkaan saya tentu mereka tidak berminat dengan hal yang saya utarakan.

Selang dua atau tiga hari saya menghubungi seorang adik iaitu pengunjung tetap di blogspot Merahsilu. Lalu saya menceritakan hal mimpi tersebut dan Subhanallah! Kebetulan rumah beliau di tepi pantai yang saya maksudkan. Saya menyuruh cari jerat cina dan adik tersebut memang tahu ada jerat cina di kawasan tepi pantai .

Keesokan harinya saya mendapat panggilan dari adik tersebut. Apa yang memeranjatkan, memang ada surau tetapi surau baru dibina atas tapak surau lama. Puas juga adik tu cari makam yang saya maksudkan.Sebab adik tu kata, kawasan tersebut sudah ada pembangunan dan agak sukar untuk mengesan makam misteri itu. Saya sedikit hampa juga tapi sempat menyuruh sampaikan pesan saya dan hadiahkan Al-Fatihah pada arwah . Kebetulan abang kepada adik tersebut memang pakar dalam bidang2 macam ni, dan abang itu mengatakan memang benar mimpi saya itu. Lalu emak mereka berdua turut bercerita memang ada satu kawasan kubur di situ suatu masa dahulu lebih kurang tahun 1800an gitu.

Adik itu terus berusaha lagi dan kali ni beliau pergi ke muzium. Lalu pegawai muzium bertanyakan siapa nama empunya makam. Saya sendiri tidak ada clue... cuma adik tu pernah tanya samada arwah seorang pahlawan, ulamak atau wali. Saya mengirakan seorang ulama, kalau walipun tentu itu rahsia Allah kan? Pegawai muzium itu memberitahu kepada Adik tu, yang saya dan Adik ada kena mengena dengan makam tersebut. Looo... kalau Adik tu saya percayalah sebab beliau rakyat Terengganu... sedangkan saya rakyat Selangor. Tapi mana tahukan... yang dulu-dulu punya sejarah nenek moyang masing-masing yang beratus-ratus tahun lalu?!!

Sunday, June 20, 2010

Wasiat Batu Nesan...


Sesekali bergambar dengan apek cina apa salahnya ye tak.. Ini adalah kebetulan dan dengan gerak Allah jua. Sebab apa saya kata begitu..

Sebenarnya sejak penghujung April, hati ini begitu gelisah dan gundah gelana kerana asyik teringat pesanan dan dikira wasiat lah juga sebab Ayahanda sudah pergi menghadap Ilahi awal tahun ini. Ini berlaku pada Syawal 2007 selepas saya, Erin , Haziq dan Ayah menziarahi kubur arwah Bonda tercinta. Selepas saya hadiahkan bacaan Yasin dan Ayah yang baca doa lalu kami pulang ke rumah. Masa dalam perjalanan pulang itulah Ayah berpesan kepada saya seandainya Ayah meninggal nanti kuburnya hendaklah ditanda dengan batu nesan sungai.

Oh ya.. sebabnya pada awalnya saya ada bertanyakan pada Ayah, berapa kos untuk membuat batu nesan dan kepuk sekali.. tiba-tiba jer Ayah kata tak payah itu semua. Itu tak penting. Yelah melihat batu nesan Bonda yang begitu simple tidak terukir cantik dan tiada bernama, hanya tarikh meninggal saja.

Lalu Ayah bercerita sebabnya dan melalui pengajian beliau dan guru beliau pernah berpesan begitu. Keluar cerita tentang Dajjal Laknatullah...dan lain.lain..biarlah itu rahsia saya .

Lalu saya pernah mencari pembuat batu nesan dari batu sungai . Rupanya tidak ramai yang mahir. Kalau ada pun disuruhnya kita pula cari batu sungai sendiri dan mereka hanya akan tulis nama pada batu tersebut tanpa mengukir untuk membentuk batu nesan biasa. Rupanya rumit juga yaa.. Untuk mencari yang mahir ni, hingga saya pergi ke Sekincan Selangor. Mereka kata mereka tak buat, kalau ada pun di Kuala Selangor tukangnya cina dan sudah meninggal pun...betapa kecewanya saya ketika itu. Mereka ada memberi saya sepasang batu sungai tanpa membuat apa-apa ukiran itupun harganya RM280. Jika saya bawa batu sendiri dan hanya menempah nama saja dikenakan RM60 saja. Mak aiii..jauh nya beza. Dah le batu tu tak cantik langsung..yelah sekurang-kurangnya ada lah seni sikit. Ini seketul gitu..sedangkan di luar sana saya boleh mendapatkan batu yang agak molek keadaannya. Rasa tak padan dengan harga..


Lalu terjadilah peristiwa yang tidak disangka-sangka. Pada Khamis lepas saya dan Abang tercinta pergi ke Kuala Selangor. Sebenarnya hendak menemankan Abang naik Bukit Jeram. Sila lihat artikel http://merahsilu.blogspot.com/2010/06/bukit-jeram-dan-satu-watak-misteri.html untuk mengetahui lebih lagi penceritaan ini.








Batu sungai seperti gambar di atas saya ambil hujung minggu lepas . Kira okeylah bentuknya berbanding batu yang saya kena bayar RM280. Mungkin asbab batu sungai ini diletakkan di rumah kami, yelah sekurang-kurangnya sebagai tanda ingatan. Bila lihat batu ni ingatlah pada Ayah.. Nak ziarah kubur Ayah jauh di kampung, jadi dapat le tengok batu ni yang asalnya hendak di jadikan batu nesan Ayah.. Mungkin juga ada asbab yang lagi besar...InsyaAllah !!
Lagipun bukan ke batu sungai ni hidup dan sentiasa berzikir pada Yang Kuasa.

Buat Ayahanda, Syukur Anakanda sudah hampir melunaskan wasiat Ayah. Semoga roh Ayah bersemadi dengan aman bersama orang-orang yg soleh.. Dan Bonda jua anakanda tidak pernah lupa. Jasa kalian berdua tidak dapat anakanda menebusnya. Hanya doa dan kiriman hadiah Al-Fatihah anakanda kirimkan selalu.




Thursday, May 27, 2010

Tersirat Dan Tersurat

Apa khabar semua..

Betullah jodoh dan pertemuan,ajal maut, rezeki , semuanya adalah ketentuan Ilahi.
Bila sentuh bab jodoh kita dipertemukan dengan pasangan hidup. Samada akan berkekalan hingga akhir hayat atau dipertengahan jalan. Jika ada keserasian pasangan selepas melalui bahtera rumahtangga bersyukurlah kerana Allah menjodohkan kita dengan insan yang begitu memahami . Jika tiada keserasian kita berusaha juga untuk menemukan titik keserasian itu. Tapi jika masih tidak ada juga susah jugakan..macam mana hendak melangkah lebih jauh lagi dengan perhubungan itu. Tapi ya semua itu Qada dan Qadar Allah jua.

Berbalik kepada cerita yang akan cuba dikongsikan. Sekadar ingin berkongsi kepada anda semua. Adakah ini kebetulan atau "keserasian" . Ya "keserasian" yang selalu orang dok war-warkan dalam alam rumahtangga.

Awal April baru-baru ni, saya bersama suami tersayang juga si kecil molek pengikat kasih sayang kami telah pergi ke Perak. Cadangnya ABANG hanya ingin pergi ke kawasan Teluk Intan tetapi terlanjur ke Kuala Kangsar.

Sebenarnya sebaik habis pesta buku di PWTC penghujung Mac, hati saya terbetik ingin pergi ke Makam Tok Temong. Entah mengapa saya pun tak tau. Mungkin kebetulan ada ternampak gambar makam Tok Temong dalam salah satu buku koleksi ABANG. Juga mungkin selalu ada mendengar tentang kehebatan Tok Temong itu. Mana tidaknya, seorang wanita yang begitu hebat ilmu agamanya sehingga beliau meninggal pun namanya selalu disebut-sebut. Hingga jika ada pertabalan Sultan Perak pun, salah satu tempat wajib singgah adalah makam Tok Temong..

Maka bila kami nak pergi ke Perak, ABANG terus memberitahu " Sayang, alang-alang pergi ke Perak, pergi dulu ke Kuala Kangsar terus kebawah hingga ke Teluk Intan ye. Abang kalau boleh nak ziarah 28 makam Sultan lah.." Saya tanpa banyak soal terus setuju tapi niat untuk ziarah makam Tok Temong belum diutarakan lagi. "Tunggu dulu", kata saya dalam hati. Tak nak lah pulak memandai-mandai bagi cadangan. Biar ikut gerak ABANG macam mana..

Dan bila ABANG bercadang untuk bermalam di surau Tok Temong,saya terus bertanyakan perihal makam Tok Temong berhampiran ke tidak dengan surau itu. Maklumlah saya tidak pernah sampai ke kawasan tersebut. Walaupun saya pernah bersekolah asrama 5 tahun di Teluk Intan, tetapi daerah Kuala Kangsar hanya sekali saya pergi. Itupun ikut rombongan sekolah saya dulu.hehehe..

Saya terus memberitahu niat teringin sangat hendak ke makam Tok Temong. Yelah siapa lah saya, kalau ikutkan memang tiada kena-mengena atau kaitan pun dengan beliau. Tapi hati kuat teringin pergi...

Akhirnya dapatlah saya ziarah makam beliau. Cerita tentang perjalanan saya bersama keluarga tercinta ada diabadikan dalam blogspot ABANG. Sila lihat di sini yea..kira shortcut story le...Tq ABANG.. http://merahsilu.blogspot.com/2010/05/siri-ziarah-al-rasyid-ke-makam-makam.html

Bersambung kepada cerita seterusnya, di mana hujung minggu ini kami sekeluarga bercadang untuk pergi ke Lumut terus ke Pulau Pangkor. Ini kerana saya ada memberitahu ABANG yang saya akan bercuti pada Jumaat ni . Jadi cuti 3 hari panjang nak kemana yea.. ABANG bertanya pada saya ke mana tempat yang saya teringin nak pergi.. Saya tiada idea .

Sebenarnya pada hujung minggu lepas, saya ada bermimpi. Mimpi tentang istana lama ABANG. Dalam hati tertanya-tanya di manakah lokasinya.. terus teringat nama BERUAS. Takkan le nak ke sana kot?! Getus hati saya..tak mungkin dalam masa terdekat ini kami akan ke sana. Jadi saya pendamkan hasrat saya itu. Sehingga lah ABANG mengusulkan kepada saya akan program kami hujung munggu ini iaitu ke Lumut. Terus hati saya yang begitu teruja meminta ABANG lencongkan sedikit perjalanan tu ke BERUAS. ABANG kata mengapa tidak., memang BERUAS seperjalanan pun. Syukur ya Allah!!..ENGKAU hadirkan dan anugerahkan kepada ku suami yang begitu memahami.

Dan pagi , saya tergerak untuk menghubungi Kak Nur bertanya khabar. Saya beritahu program percutian dan tentang niat saya itu. Kak Nur terus memberitahu pada saya "Nur,itulah namanya keserasian" .. Di mana suami dan isteri sama-sama mempunyai naluri yang sama ..itu sebahagian satu contoh dan banyak lagi perkara-perkara lain. Jika ada keserasian, perkara yang susah pun InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah jua. Hmm.. semoga percutian kali ini juga dapat sesuatu pengalaman yang indah. ..

Thursday, May 6, 2010

Pusara Di Lebuh Raya


Highway Mekah-Madinah



Tetiba teringat lagu Pusara Di Lebuh Raya nyanyian kumpulan Ekamatra. Saya suka lagu tersebut dan mengingatkan saya zaman di hujung persekolahan dan awal keremajaan saya.
Lagu itulah juga yang kawan saya Oshin (nama timangan) pernah nyanyi semasa kena ragging dengan abang-abang senior..kelakar dan rindu pun ada zaman itu.
Entah mengapa tetiba sentimental lak.hehe..

Dan bila teringat zaman kolej itulah , teringat pula seorang makcik yang saya temui pada awal tahun 1995. Ketika itu saya dalam Semester 3 . Biasalah hujung minggu pergi pekan. Dapat keluar dari asrama merdeka rasa di dada..

Ketika dalam bas untuk pulang ke asrama itulah saya berkenalan dengan seorang makcik. Umur makcik tu dalam awal 50an gitu. Dengan raut wajah yang begitu tenang dan bersifat keibuan. Lalu saya yang ketika itu memang keseorangan dan terasa bosan cuba menegur makcik tu dengan lembut.
"Apa khabar makcik, nak balik ke Bukit Katil ker" sapa saya dengan ramahnya.
"Khabar baik nak" balas Makcik dibalas dengan sneyuman..

Mulalah kami rancak bersembang gebang..Dari bab ke satu bab.. hingga le ke perihal tentang pengorbanan. Makcik ni cerita bagaimana selama ni pengorbanan nya tidak dihargai oleh suami tersayang. Saya tidak pula bersoal kenapa, dikhuatiri busy body. Biar saja makcik ni meluahkan rasa..mungkin boleh melegakan sebak di dada.

Sedang makcik itu berbicara, saya berdoa semoga bila saya kahwin dan mempunyai suami kelak, tidak mengalami nasib yang makcik itu tanggung. Rupanya dengan raut wajah yang tenang itu tersembunyi satu beban dan penderitaan. Betul ke kata orang " kasih sayang perlukan pengorbanan". Tapi jika hanya kita saja yang berkorban apa hal pulakkan. Diri sendiri jugak yang susah. Korban, korban jugak..tapi jangan hingga memakan diri.

Tapi itu lah kan..jika kita berkorban demi manusia, jika dibalas baik kira Syukur Alhamdulillah. tapi jika ibarat " manis di beri, tuba yang dapat" aduh!! malang sungguh nasib. Tapi itulah sakit yang akan ditanggung. Cuba jika kita berkorban kerana Allah.. pasti kita tidak akan sakit. Malah mendapat ganjaran yang lagi besar dari pengorbanan yang kita buat dan hasilnya sungguh manis!!

Berbalik kepada makcik tu, apa khabar le sekarang yea ?. Saya doakan semoga suami makcik itu sudah insaf dan menghargai isterinya yang selama ini berkorban apa saja untuk suaminya..
Amin!!! :)

Tuesday, May 4, 2010

Siapa Raden Ajeng Kartini dan kaitan nombor 131




Assalamualaikum semua..

Hmm.. semalam saya, suami dan baby berusia 6 bulan baru pulang dari Pulau Besar. Syukur Alhamdulillah kami dapat bermalam di sana. Menumpang pondok Abang dan Kakak angkat kami..hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka berdua dan dilimpahi kasih sayang dan kesejahteraan.

Sudah hampir 8 bulan kami tidak ke sana..itupun terakhir lawatan kami dulu, saya sedang mengandung 7 bulan.. Kerana sudah lama tidak bertemu banyak lah yang kami sembang-sembangkan dari perihal keadaan Pulau Besar yang ada kemajuan juga tentang Tasauf..

Dalam banyak waktu itu, ada ketika hanya saya dan Kak Nur saja di pondok Istana mereka..Dan tidak semena-mena Kak Nur menyebut nama seorang wanita yang bagi saya begitu asing sekali. Pada mulanya Kak Nur hanya menyebut Anjeng Kartini, kemudian nama penuh Raden Anjeng Kartini. Dan beliau bertanya kepada saya siapa beliau. Adakah seorang pejuang menentang Belanda atau apa..atau sezaman dengan Kerajaan Majapahit. Saya pula melangut-langut tak tahu..sebab nama tersebut ada "rahsia" nya tersendiri.

Maka tadi saya sempat "google" di Internet. Hmm..rupanya ada kena-mengena dengan Raden MAs..tapi saya tidak pasti Raden Mas yang makamnya di Singapura itukah atau Raden Mas yang lain..

Bila saya hendak memulakan posting tadi, baru saya teringat memang saya diilhamkan dengan nama Raden Anjeng..dan nama itu tidak semena-mena terkeluar dari mulut saya secara tidak sengaja. Itupun selepas saya pulang dari menziarahi makam Raden Mas di Singapura tahun lepas.

Baiklah, saya ada copy dan paste. Artikel di bawah saya ambil dari hasil "google" .

************

SEJARAH – Raden Ajeng Kartini dilahirkan di Jepara pada tanggal 21 April 1879, jadi bertepatan 131 tahun lalu. Beliau adalah putri dari Bupati Jepara waktu itu bernama Raden Mas Adipati Sastrodiningrat dan cucu dari Bupati Demak, Tjondronegoro.

Saat RA Kartini menginjak dewasa, beliau menilai kaum wanita penuh dengan kehampaan, kegelapan, ketiadaan dalam perjuangan yang tidak lebih sebagai perabot kaum laki-laki yang bekerja secara alamiah hanya mengurus dan mengatur rumah-tangga saja.

RA Kartini tidak bisa menerima keadaan itu, walaupun dirinya berasal dari kaum bangsawan, namun tidak mau ada perbedaan tingkatan derajat, Kartini sering turun berbaur dengan masyarakat bawah yang bercita-cita merombak perbedaan status sosial pada waktu itu, dengan semboyan, “Kita Harus Membuat Sejarah, Kita Mesti Menentukan Masa Depan Kita yang Sesuai Keperluan Kita Sebagai Kaum Wanita dan Harus Mendapat Pendidikan Yang Cukup Seperti Halnya Kaum Laki-Laki.”

RA Kartini mengecap pendidikan tinggi setara dengan pemerintah kolonial Belanda dan terus memberi semangat kaum perempuan untuk tampil sama dengan kaum laki-laki. Pernikahan dengan Bupati Rembang, Raden Adipati Joyoningrat, lebih meningkatkan perjuangannya melalui sarana pendidikan dan lain-lain.

RA Kartini wafat pada usia 25 tahun, beliau pergi meninggalkan Bangsa Indonesia dalam usia sangat muda yang masih penuh cita-cita perjuangan dan daya kreasi yang melimpah.

Perjuangan RA Kartini berhasil menempatkan kaum wanita ditempat yang layak dan mengangkat derajat kaum wanita dari tempat gelap ke tempat terang benderang sesuai dengan karya tulis beliau yang terkenal berjudul, “Habis Gelap Terbitlah Terang.”

Monday, April 5, 2010

Rindu pada kedua orang tua ku.. Part I

Salam..

Hari ni baru terbetik untuk membuat posting. Sebagai mukadimah biarlah saya meluahkan rasa perasaan yang begitu syahdu..

Syahdu kerana rindu pada kedua ibubapa saya yang sudah tiada. Ya rindu pada yang SUDAH TIADA. Walaupun kita dikelilingi oleh insan-insan tidak kira yang kita sayang atau yang menyayangi kita..tetapi perasaan tidak beribubapa lebih terasa sunyi dan hiba..

Rasanya saya akan menulis tentang Ayah dahulu kerana kehilangannya masih terasa dan teringat-ingat hingga sekarang. Ini kerana saya sendiri berada disisinya di penghujung nafasnya. Sempat juga membaca Surah Yassin di telinga Ayah. Masih terngiang-ngiang Ayah sempat mengadu "Aduh!!sakitnya...sakitnya.".sambil mengeluarkan airmata ..mungkin ketika itulah sakaratul maut sudah hampir.."kesian Ayah" kami adik-beradik sempat dengan lembut membisikkan ke telinga Ayah supaya mengucap. Nasib baik 13 orang anak-anak Ayah ada di sisi Ayah ...

18 April ni genaplah 3 bulan Ayah meninggalkan kami. Ayah, anakmu ini bila nampak laut jer terus teringatkan Ayah...nak tau kenapa . Dengan rezeki dari lautlah Ayah memberi kami makan,minum dan membeli pakaian,juga persekolahan kami. Yelah Ayah pernah menjadi pelaut . Itu pun pekerjaan terakhir selepas pencen dari menjadi polis bantuan dan akhir sekali pekebun sekolah rendah tempat saya belajar..

Ayah,apa yang anakmu bangga tentang Ayah adalah Ayah seorang yang penyabar. Tidak pernah kami mendengar Ayah mengherdik atau menengking kami adik-beradik. Cuma masa Ibu masih hidup lagi, Ibu lah yang banyak menegur kami. Hingga di hujung usia Ayah, saya tidak pernah mendengar herdikan atau tengkingan Ayah..penampar? rasanya seingat saya memang tidak pernah langsung..itulah Ayah..Oh! Ayah..Kalau ada pun, Ayah sekadar meninggikan sedikit volume suaranya...

Ayah, ingat lagi masa anakmu ini masih kecil,Ayah begitu mahir membuat bot nelayan..halaman rumah kita sebagai saksi akan kemahiran Ayah..Bila Ayah dah mula mengetam kayu-kayu dan yang tidak boleh anakmu ini lupa ialah "damar" yang dijadikan penampal antara kayu-kayu agar bot nanti tidak dimasuki oleh air..anakmu suka sekali mengacau-ngacau damar tersebut.

Tapi kemahiran Ayah membuat jala dan membuat sampan tidak ada pada kami adik beradik..atau kami sendiri tidak ambil pusing..mungkin sebab pekerjaan atau hobi itu tidak glamor.


p/s: rasanya saya akan sambung kembali kemudian nanti yea. Bila menulis artikel ni, hiba dan sebak :(