Saturday, July 17, 2010

Mencari satu makam misteri.


Sebulan lepas, kira dalam bulan Rejab, saya bermimpi. Biasanya mimpi jika saya tersedar pasti sudah lupa jalan cerita... selalu juga saya bermimpi untuk memberitahu sesuatu atau sebagainya. Jadi mimpi ini juga agak mistik dan istimewa jugalah.

Dalam mimpi tersebut saya didatangi seorang pakcik berjubah dan berserban putih. Pakcik tersebut saya kirakan persis seorang ulama. Jika seorang wali pun saya rasa ia. Tetapi siapalah saya untuk mengatakan sedemikian. Pakcik tu berpesan sambil nada yang merintih menyuruh saya memindahkan kubur beliau. Ini kerana kubur beliau sudah dikelilingi dengan jerat cina. Dalam mimpi tu saya bersama seorang budak lelaki kira pangkat adik sebab lebih muda dari saya. Adik tersebut saya kirakan penduduk tempatan di situ. Dan lagi ada sebuah surau lama, kira di zaman dulu merangkap masjid jugalah. Lokasi di tepi pantai Kuala Terengganu. Sebab dalam mimpi tersebut sempat menelefon Suami tersayang bertanyakan gambar yg beliau pernah ambil iaitu lokasi saya mimpi. Maklumlah,saya sendiri tidak berapa familiar kawasan2 tertentu jadi Suami le tempat rujukan..merujuk bab2 kebatinan especially KeTuhanan juga hal2 biasa...

Ok kira bab mimpi dah settle... cuma malangnya Pakcik itu tidak memberitahu siapa nama beliau. Saya mengambil sikap acuh tak acuh tentang mimpi itu,tapi jiwa menjadi gundah gulana semacam ada amanah yang perlu saya laksanakan ikut sekadar yg saya mampulah. Oleh itu selang seminggu saya bertafakur apa yang perlu saya lakukan. Mula-mula saya menghubungi pihak SUK Negeri Terengganu. Bercerita serba sedikit perihal mimpi, lalu seorang kakak di talian menyuruh saya menghubungi pihak Muzium Terengganu. Lalu setelah mendapat nombor dari kakak tersebut,saya menghubungi pihak muzium.

Saya tidak ingat siapa nama pegawai tersebut, lalu saya bercerita dari A hingga Z. Sebelum itu sempat saya memberitahu samada beliau hendak percaya atau tidak tentang mimpi saya. Apa yang penting saya perlu melepaskan amanah tersebut.Pegawai itu mendengar dengan tekun dan sebelum saya meletakkan telefon beliau meminta nombor telefon saya agar pegawai lain yang menguruskan hal-hal makam agar dapat menghubungi saya. Kira saya lega tetapi buat seketika.Tunggu punya tunggu hingga beberapa hari tiada "feedback" dari pihak muzium dan sangkaan saya tentu mereka tidak berminat dengan hal yang saya utarakan.

Selang dua atau tiga hari saya menghubungi seorang adik iaitu pengunjung tetap di blogspot Merahsilu. Lalu saya menceritakan hal mimpi tersebut dan Subhanallah! Kebetulan rumah beliau di tepi pantai yang saya maksudkan. Saya menyuruh cari jerat cina dan adik tersebut memang tahu ada jerat cina di kawasan tepi pantai .

Keesokan harinya saya mendapat panggilan dari adik tersebut. Apa yang memeranjatkan, memang ada surau tetapi surau baru dibina atas tapak surau lama. Puas juga adik tu cari makam yang saya maksudkan.Sebab adik tu kata, kawasan tersebut sudah ada pembangunan dan agak sukar untuk mengesan makam misteri itu. Saya sedikit hampa juga tapi sempat menyuruh sampaikan pesan saya dan hadiahkan Al-Fatihah pada arwah . Kebetulan abang kepada adik tersebut memang pakar dalam bidang2 macam ni, dan abang itu mengatakan memang benar mimpi saya itu. Lalu emak mereka berdua turut bercerita memang ada satu kawasan kubur di situ suatu masa dahulu lebih kurang tahun 1800an gitu.

Adik itu terus berusaha lagi dan kali ni beliau pergi ke muzium. Lalu pegawai muzium bertanyakan siapa nama empunya makam. Saya sendiri tidak ada clue... cuma adik tu pernah tanya samada arwah seorang pahlawan, ulamak atau wali. Saya mengirakan seorang ulama, kalau walipun tentu itu rahsia Allah kan? Pegawai muzium itu memberitahu kepada Adik tu, yang saya dan Adik ada kena mengena dengan makam tersebut. Looo... kalau Adik tu saya percayalah sebab beliau rakyat Terengganu... sedangkan saya rakyat Selangor. Tapi mana tahukan... yang dulu-dulu punya sejarah nenek moyang masing-masing yang beratus-ratus tahun lalu?!!

No comments: