Friday, April 8, 2011

Naikkan seri pakaian dengan jahitan manik bunga dan jurai

Assalamualaikum semua. Baru-baru ini saya telah menghadiri kursus jahitan manik dan berjaya menamatkannya dengan jayanya. Alhamdulillah saya dapat menangkap segala yang diajar dan sekarang saya sudah mampu membuat jahitan manik sendiri yang dapat menaikkan seri apa-apa pakaian termasuk pakaian lama. Insyaallah saya sudah bersedia mengambil tempahan dan upah bagi sesiapa yang berminat. Di bawah adalah contoh sepasang pakaian lama saya yang baru diberikan sentuhan manik berkonsepkan bunga dan jurai.

Ini adalah pakaian lama yang berusia 8 tahun.



Setelah 2 hari berusaha mengambil sedikit masa yang terluang di celah kerja dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri saya dapat menaikkan sedikit-sebanyak seri pakaian ini.

Lihat aturan manik bunga dan jurai di sekeliling kolar.



Bentuk bunga dan tangkai di bahagian dada.


Kombinasi serupa diaplikasikan di bahagian hujung lengan.


Insyaallah saya akan menaikkan seri banyak lagi pakaian lama. Perkara sama boleh dilakukan pada pakaian anda. Sila hubungi saya, Nor Afida Yusof @ Anggun di 019-2861219.

No comments: