Wednesday, December 3, 2008

Mengenal Kulit Wajah


Hmm..Mengenal kulit wajah individu itu sendiri amat penting. Samada kulit wajah anda berminyak, kombinasi, sensitif, kering..normal . Normal? Untuk makluman, kulit wajah kita tidak ada yang normal. Hanya kulit bayi sahaja normal..sebab itu rakyat Malaysia terutama wanita rata-rata amat payah untuk mendapat produk yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Ini kerana faktor cuaca di negara ini yang panas lembab. Semua sedia maklum, di negara ini banyak produk yang dijual terutama yang keluaran tempatan tidak memenuhi piawaian dari segi ujian klinikal di bawah seliaan pakar Dermatologis (Pakar Kulit).
Sebab itu produk-produk yang di bawa dari luar negara ke negara ini memang di perakui produk tersebut berkualiti dan diyakini dari segi bahan-bahan di mana selamat untuk kulit. Ini kerana mereka ada kilang dan mendapat nasihat dari pakar Dermatologis (Pakar kulit)..
-okey sambung lain kali k-

Saturday, November 29, 2008

Tetap cantik walaupun bertudung...


Hari ini pertama kali saya mahu mencuba memasukkan gambar di sini. Saya cuba dengan mengambil gambar di Internet. Google search image perkataan "perempuan cantik bertudung" dan inilah salah satu gambar yang muncul. Cantik kan?

Friday, November 21, 2008

MENGENAL KULIT ( Tetua dan Pigmentasi)

Gambar di atas ada lah jenis kulit pigmentasi

1. Tetua dan Pigmentasi
Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.

Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:

Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.

Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.

Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:

Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.


Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% - Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.
Bermula dari 28 tahun 20% - Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.
Bermula dari 38 tahun 50% - Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.
Bermula dari 48 tahun 70% - Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.
48 tahun dan ke atas 100% - Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.

Penyelesaian:
1)Menyingkirkan sel kulit mati.
2)Merawat dan memperbaharui sel terjejas.
3)Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal.
4)Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas.
5)Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu).
6)Merangsang kadar metabolisme kulit.
7)Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi.
8)Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Wednesday, November 14, 2007

Salon Untuk Di Jual

Salam penuh takzim buat semua..

Rasanya sudah lama saya tidak menjengah dalam blog saya. Ini kerana kesibukan kerja, almaklumlah hujung-hujung tahun.Maka banyak yang perlu dibereskan termasuk audit ISO.Entah macam mana, salah satu pejabat cawangan dipilih untuk audit SIRIM ISO. Apalagi kelam kelibut untuk mengemaskinikan fail-fail.Walaupun saya tidak terlibat secara langsung,tapi kena juga turun padang.
Okey tinggalkan bab ISO ni. Sebenarnya ingin war-warkan disini,salah seorang kawan saya ingin menjual salon kecantikan kepunyaannya. Gambar saya tidak sertakan sekali ,nanti di keluaran akan datang.
Sesiapa yang berminat sila hubungi melalui email saya anggun.rias@gmail.com
Okey..selamat berhujung tahun..

Friday, October 26, 2007

Santai Selepas Hari Raya

Salam,
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada para jelitawan di luar sana.

Thursday, September 20, 2007

Pilih Bahan Kosmetik Yang Selamat

Pengalaman lalu telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih sesuatu produk penjagaan kulit. Dulu saya merupakan "freelance marketing" untuk satu produk . Tanpa ilmu tentang bidang kecantikan ibaratkan "bidang terjun", saya memasarkan produk tersebut dari orang ramai tidak tahu hingga sekarang sentiasa ada diiklankan di majalah-majalah.

Sehingga suatu hari dengan niat untuk menambahkan ilmu dalam bidang kecantikan, dan bertitik tolak dari pembelajaran saya maka saya ingin berkongsi bersama para jelitawan di luar sana "awareness" tentang pemilihan bahan kosmetik yang selamat.

Coretan di bawah merupakan artikel yang saya terjumpa memang ada kena dengan apa yang saya sudah belajar dan yang ingin dihebahkan.


Bacalah demi keselamatan kulit wajah yang kita sayangi dan hargailah anugerah Ilahi.

KEGHAIRAHAN sesetengah wanita untuk memiliki kulit cerah dengan cara cepat menggunakan " kosmetik murahan" menenggelamkan nasihat pakar kecantikan dan kesihatan, walaupun bahaya mengenai bahan terlarang sudah acap kali dibincangkan.

Malah, tindakan kerajaan merampas sesetengah jenis kosmetik jelas menggambarkan, sememangnya kosmetik berkenaan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan pengguna dan ia sepatutnya menjadi pencetus kesedaran kepada wanita supaya tidak mudah terpengaruh dengan iklan dan dakwaan pengeluar produk.

Keinginan menukar kulit wajah sebenarnya menunjukkan seseorang individu itu tidak yakin dengan diri sendiri. Jika anda menganggap kecantikan diukur pada warna kulit, bermakna tafsiran anda sangat sempit.

Kecantikan seseorang wanita tidak hanya terletak pada warna kulit atau tebalnya solekan di muka. Ukuran kecantikan sejagat membabitkan JATI DIRI dan KEPERIBADIAN MULIA.
Bagaimanapun, bukan semua orang boleh menerima pendapat ini. Dalam satu kaji selidik oleh Synovate pada 2004, 61 peratus wanita dari lima negara iaitu Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berkata, mereka tampak lebih muda jika memiliki kulit cerah.

Kaji selidik berkenaan mendapati, 50 peratus wanita Filipina, 45 peratus wanita Hong Kong dan 41 peratus wanita Malaysia menggunakan produk pencerah wajah.

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap.

Tuhan tidak akan mencipta sesuatu tanpa fungsi tertentu dan melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari.

Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit.

Malangnya,ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik.

Sebelum anda mencuba mana-mana produk kecantikan,terutama jenama yang tidak pernah didengar sebelum ini, satu perkara perlu diingat iaitu anda memperjudikan bahagian paling penting iaitu muka untuk menerima apa jua kesan sampingan produk berkenaan.

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah anda menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?

Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.

Walaupun diharamkan, masih sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil dan monometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti yang diharapkan kebanyakan wanita.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.

Melihat kesan diharapkan, ramai wanita mengganggap ia produk baik dan terus menggunakan bagi mengelakkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.

Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit, anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi pada kulit.

Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama berulang.

Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari atau sentuhan dan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.

Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang- dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.

Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

** Hidrokuinon - Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung (UV). Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.
Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

** Trietinon - Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.
** Raksa - Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

Pembelian produk kosmetik adalah satu pelaburan. Justeru, pastikan wang anda dilabur untuk produk berkualiti dan boleh dipercayai.

Proses ini mungkin mengambil masa kerana semua pengeluar mendakwa menggunakan bahan semula jadi dalam produk mereka.

Seperkara lagi, usah cepat terpengaruh dengan penampilan model atau jurucakap sesuatu produk kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan wajah dan kulit yang sememangnya cantik.

Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

Jadilah pelabur bijak kerana pelaburan dalam penjagaan kecantikan bukan hanya membabitkan wang, tetapi masa dan paling penting kulit muka anda.

Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga tua.

Monday, September 17, 2007

Menjaga kecantikan di bulan Ramadhan

Asalamualaikum ...

Dalam kita sibuk memenuhi tuntutan Islam yg ke-3, kecantikan jangan diabaikan. Sentiasa memastikan cukup meminum air putih sebanyak 8 gelas. Ini kenana selain penting untuk tubuh badan kita, air juga membantu untuk melembapkan kulit kita secara semulajadi.