Thursday, February 5, 2009

Hargailah Isteri Anda


Hari ni lari tajuk sikit..entah mengapa indah pulak bait-bait tulisan ini. Walaupun banyak lagi tulisan yang lebih indah daripada ini,tapi saya tergerak untuk mencoret di blog saya..

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,suami dan anak-anak
Rugi dan binasalahsuami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah
yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang tetapi
Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaransiksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau
kemajlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi diapun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang
tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar
tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya
dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to bestepped upon,
She was made from hisside to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"Marilah kita ucapkan kalimah ini:"Laa ilaaha illallah!" x 10

Thursday, January 22, 2009

KURSUS KECANTIKAN DI BAWAH PROGRAM "SLDN" - Sistem Latihan Dual Nasional

Kepada sesiapa yang berminat untuk menambah kemahiran/skill dalam bidang Kecantikan (Beauty) yang mana sijil dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang mana dahulu dikenali dengan nama MLVK tetapi sekarang JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Saya masih ingat lagi 3 tahun lepas semasa saya menghadiri salah satu kursus (tak ingat plak kursus apa) dibawah anjuran Kementerian Sumber Manusia sendiri selama 2 hari di Kuala Lumpur ada menyebut tentang program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional). Pada ketika itu, program tersebut belum dilaksanakan lagi dan masih dalam pemantauan pihak kementerian akan keberkesananya. Tetapi pada masa itu, saya diberitahu jika dilaksanakan pun hanya beberapa kursus seperti dalam bidang Automotif saja. Oleh itu,dikesempatan yang ada pada masa itu, alang-alang pegawai ada saya memberi cadangan agar Kursus untuk Kecantikan dimasukkan sekali dalam program SLDN tersebut.

Akhirnya, tahun lepas seorang cikgu yang pernah mengajar kursus tersebut pada saya pada tahun 2003 lagi, telah menghubungi saya kursus Kecantikan sudah dimasukkan dalam program tersebut.


Oleh itu di sini saya mewar-warkan satu berita baik kepada sesiapa yang berminat tetapi tiada cukup kewangan untuk mencuba proram SLDN ini.

### Pembiayaan penuh kursus Beauty oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. ###

Tahap boleh ambil : Tahap 1,2 dan 3 selama 2 tahun.
Yuran : Anda cuma perlu bayar sebanyak RM 300.oo sahaja untuk yuran proses.
Umur yang layak :17 tahun - 35 tahun

Sila bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan sijil berhenti sekolah 1 keping.

Daftar cepat kerana tempat terhad..

Sila hubungi saya sekiranya anda berminat email anggun131@gmail.com.


Serba ringkas Kursus Kecantikan - Tahap 1/Level 1



1. Pengenalan

Kursus Juru Kecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

2. Objektif

2.1 Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, b
erpengetahuan
dalam jurusan;

2.2 Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan

2.3 Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.



3. Ringkasan Kursus

3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara

penggunaan perkakas dan alatan solekan.

3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap,

pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

4. Modul Kursus


Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK.

4.1 Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
4.2 Penjagaan kesihatan diri dan salon
4.3 Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
4.4 Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka
4.5 Perawatan kaedah manual
4.6 Perawatan menggunakan mesin
4.7 Perawatan kuku
4.8 Teknik mekap - asas dan professional
4.9 Perawatan bulu mata
4.10 Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter
4.11 Pengurusan salon
4.12 Etika dan penampilan diri
4.13 Perhubungan awam

5. Aktiviti Kursus

5.1 Teori

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.

5.2 Amali
>
Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. “Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.

5.3 Latihan Niaga

Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.

5.4 Ceramah dan Demontrasi

Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.

6. Latihan Logi

Pelajar akan mendapat latihan di salon-salon terpilih selama lebih kurang 3 bulan atau lebih bergantung kepada kemahiran pelatih.

7. Persijilan dan Tempoh Kursus

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) .
Untuk tahap 1,2 dan 3 kursus selama 2 tahun.



8. Prospek Kerjaya

8.1 Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.

8.2 Usahawanita dalam bidang kecantikan






Belajar penjagaan dan perawatan kulit wajah.


Penjagaan kebersihan salon dan susun atur


Teknik make-up asas hingga profesional

Waxing

Perawatan dan penjagaan kuku

Wednesday, December 3, 2008

Mengenal Kulit Wajah


Hmm..Mengenal kulit wajah individu itu sendiri amat penting. Samada kulit wajah anda berminyak, kombinasi, sensitif, kering..normal . Normal? Untuk makluman, kulit wajah kita tidak ada yang normal. Hanya kulit bayi sahaja normal..sebab itu rakyat Malaysia terutama wanita rata-rata amat payah untuk mendapat produk yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Ini kerana faktor cuaca di negara ini yang panas lembab. Semua sedia maklum, di negara ini banyak produk yang dijual terutama yang keluaran tempatan tidak memenuhi piawaian dari segi ujian klinikal di bawah seliaan pakar Dermatologis (Pakar Kulit).
Sebab itu produk-produk yang di bawa dari luar negara ke negara ini memang di perakui produk tersebut berkualiti dan diyakini dari segi bahan-bahan di mana selamat untuk kulit. Ini kerana mereka ada kilang dan mendapat nasihat dari pakar Dermatologis (Pakar kulit)..
-okey sambung lain kali k-

Saturday, November 29, 2008

Tetap cantik walaupun bertudung...


Hari ini pertama kali saya mahu mencuba memasukkan gambar di sini. Saya cuba dengan mengambil gambar di Internet. Google search image perkataan "perempuan cantik bertudung" dan inilah salah satu gambar yang muncul. Cantik kan?

Friday, November 21, 2008

MENGENAL KULIT ( Tetua dan Pigmentasi)

Gambar di atas ada lah jenis kulit pigmentasi

1. Tetua dan Pigmentasi
Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.

Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:

Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.

Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.

Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:

Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.


Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% - Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.
Bermula dari 28 tahun 20% - Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.
Bermula dari 38 tahun 50% - Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.
Bermula dari 48 tahun 70% - Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.
48 tahun dan ke atas 100% - Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.

Penyelesaian:
1)Menyingkirkan sel kulit mati.
2)Merawat dan memperbaharui sel terjejas.
3)Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal.
4)Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas.
5)Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu).
6)Merangsang kadar metabolisme kulit.
7)Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi.
8)Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Wednesday, November 14, 2007

Salon Untuk Di Jual

Salam penuh takzim buat semua..

Rasanya sudah lama saya tidak menjengah dalam blog saya. Ini kerana kesibukan kerja, almaklumlah hujung-hujung tahun.Maka banyak yang perlu dibereskan termasuk audit ISO.Entah macam mana, salah satu pejabat cawangan dipilih untuk audit SIRIM ISO. Apalagi kelam kelibut untuk mengemaskinikan fail-fail.Walaupun saya tidak terlibat secara langsung,tapi kena juga turun padang.
Okey tinggalkan bab ISO ni. Sebenarnya ingin war-warkan disini,salah seorang kawan saya ingin menjual salon kecantikan kepunyaannya. Gambar saya tidak sertakan sekali ,nanti di keluaran akan datang.
Sesiapa yang berminat sila hubungi melalui email saya anggun.rias@gmail.com
Okey..selamat berhujung tahun..

Friday, October 26, 2007

Santai Selepas Hari Raya

Salam,
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada para jelitawan di luar sana.