Thursday, May 27, 2010

Tersirat Dan Tersurat

Apa khabar semua..

Betullah jodoh dan pertemuan,ajal maut, rezeki , semuanya adalah ketentuan Ilahi.
Bila sentuh bab jodoh kita dipertemukan dengan pasangan hidup. Samada akan berkekalan hingga akhir hayat atau dipertengahan jalan. Jika ada keserasian pasangan selepas melalui bahtera rumahtangga bersyukurlah kerana Allah menjodohkan kita dengan insan yang begitu memahami . Jika tiada keserasian kita berusaha juga untuk menemukan titik keserasian itu. Tapi jika masih tidak ada juga susah jugakan..macam mana hendak melangkah lebih jauh lagi dengan perhubungan itu. Tapi ya semua itu Qada dan Qadar Allah jua.

Berbalik kepada cerita yang akan cuba dikongsikan. Sekadar ingin berkongsi kepada anda semua. Adakah ini kebetulan atau "keserasian" . Ya "keserasian" yang selalu orang dok war-warkan dalam alam rumahtangga.

Awal April baru-baru ni, saya bersama suami tersayang juga si kecil molek pengikat kasih sayang kami telah pergi ke Perak. Cadangnya ABANG hanya ingin pergi ke kawasan Teluk Intan tetapi terlanjur ke Kuala Kangsar.

Sebenarnya sebaik habis pesta buku di PWTC penghujung Mac, hati saya terbetik ingin pergi ke Makam Tok Temong. Entah mengapa saya pun tak tau. Mungkin kebetulan ada ternampak gambar makam Tok Temong dalam salah satu buku koleksi ABANG. Juga mungkin selalu ada mendengar tentang kehebatan Tok Temong itu. Mana tidaknya, seorang wanita yang begitu hebat ilmu agamanya sehingga beliau meninggal pun namanya selalu disebut-sebut. Hingga jika ada pertabalan Sultan Perak pun, salah satu tempat wajib singgah adalah makam Tok Temong..

Maka bila kami nak pergi ke Perak, ABANG terus memberitahu " Sayang, alang-alang pergi ke Perak, pergi dulu ke Kuala Kangsar terus kebawah hingga ke Teluk Intan ye. Abang kalau boleh nak ziarah 28 makam Sultan lah.." Saya tanpa banyak soal terus setuju tapi niat untuk ziarah makam Tok Temong belum diutarakan lagi. "Tunggu dulu", kata saya dalam hati. Tak nak lah pulak memandai-mandai bagi cadangan. Biar ikut gerak ABANG macam mana..

Dan bila ABANG bercadang untuk bermalam di surau Tok Temong,saya terus bertanyakan perihal makam Tok Temong berhampiran ke tidak dengan surau itu. Maklumlah saya tidak pernah sampai ke kawasan tersebut. Walaupun saya pernah bersekolah asrama 5 tahun di Teluk Intan, tetapi daerah Kuala Kangsar hanya sekali saya pergi. Itupun ikut rombongan sekolah saya dulu.hehehe..

Saya terus memberitahu niat teringin sangat hendak ke makam Tok Temong. Yelah siapa lah saya, kalau ikutkan memang tiada kena-mengena atau kaitan pun dengan beliau. Tapi hati kuat teringin pergi...

Akhirnya dapatlah saya ziarah makam beliau. Cerita tentang perjalanan saya bersama keluarga tercinta ada diabadikan dalam blogspot ABANG. Sila lihat di sini yea..kira shortcut story le...Tq ABANG.. http://merahsilu.blogspot.com/2010/05/siri-ziarah-al-rasyid-ke-makam-makam.html

Bersambung kepada cerita seterusnya, di mana hujung minggu ini kami sekeluarga bercadang untuk pergi ke Lumut terus ke Pulau Pangkor. Ini kerana saya ada memberitahu ABANG yang saya akan bercuti pada Jumaat ni . Jadi cuti 3 hari panjang nak kemana yea.. ABANG bertanya pada saya ke mana tempat yang saya teringin nak pergi.. Saya tiada idea .

Sebenarnya pada hujung minggu lepas, saya ada bermimpi. Mimpi tentang istana lama ABANG. Dalam hati tertanya-tanya di manakah lokasinya.. terus teringat nama BERUAS. Takkan le nak ke sana kot?! Getus hati saya..tak mungkin dalam masa terdekat ini kami akan ke sana. Jadi saya pendamkan hasrat saya itu. Sehingga lah ABANG mengusulkan kepada saya akan program kami hujung munggu ini iaitu ke Lumut. Terus hati saya yang begitu teruja meminta ABANG lencongkan sedikit perjalanan tu ke BERUAS. ABANG kata mengapa tidak., memang BERUAS seperjalanan pun. Syukur ya Allah!!..ENGKAU hadirkan dan anugerahkan kepada ku suami yang begitu memahami.

Dan pagi , saya tergerak untuk menghubungi Kak Nur bertanya khabar. Saya beritahu program percutian dan tentang niat saya itu. Kak Nur terus memberitahu pada saya "Nur,itulah namanya keserasian" .. Di mana suami dan isteri sama-sama mempunyai naluri yang sama ..itu sebahagian satu contoh dan banyak lagi perkara-perkara lain. Jika ada keserasian, perkara yang susah pun InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah jua. Hmm.. semoga percutian kali ini juga dapat sesuatu pengalaman yang indah. ..

No comments: