Tuesday, May 4, 2010

Siapa Raden Ajeng Kartini dan kaitan nombor 131




Assalamualaikum semua..

Hmm.. semalam saya, suami dan baby berusia 6 bulan baru pulang dari Pulau Besar. Syukur Alhamdulillah kami dapat bermalam di sana. Menumpang pondok Abang dan Kakak angkat kami..hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka berdua dan dilimpahi kasih sayang dan kesejahteraan.

Sudah hampir 8 bulan kami tidak ke sana..itupun terakhir lawatan kami dulu, saya sedang mengandung 7 bulan.. Kerana sudah lama tidak bertemu banyak lah yang kami sembang-sembangkan dari perihal keadaan Pulau Besar yang ada kemajuan juga tentang Tasauf..

Dalam banyak waktu itu, ada ketika hanya saya dan Kak Nur saja di pondok Istana mereka..Dan tidak semena-mena Kak Nur menyebut nama seorang wanita yang bagi saya begitu asing sekali. Pada mulanya Kak Nur hanya menyebut Anjeng Kartini, kemudian nama penuh Raden Anjeng Kartini. Dan beliau bertanya kepada saya siapa beliau. Adakah seorang pejuang menentang Belanda atau apa..atau sezaman dengan Kerajaan Majapahit. Saya pula melangut-langut tak tahu..sebab nama tersebut ada "rahsia" nya tersendiri.

Maka tadi saya sempat "google" di Internet. Hmm..rupanya ada kena-mengena dengan Raden MAs..tapi saya tidak pasti Raden Mas yang makamnya di Singapura itukah atau Raden Mas yang lain..

Bila saya hendak memulakan posting tadi, baru saya teringat memang saya diilhamkan dengan nama Raden Anjeng..dan nama itu tidak semena-mena terkeluar dari mulut saya secara tidak sengaja. Itupun selepas saya pulang dari menziarahi makam Raden Mas di Singapura tahun lepas.

Baiklah, saya ada copy dan paste. Artikel di bawah saya ambil dari hasil "google" .

************

SEJARAH – Raden Ajeng Kartini dilahirkan di Jepara pada tanggal 21 April 1879, jadi bertepatan 131 tahun lalu. Beliau adalah putri dari Bupati Jepara waktu itu bernama Raden Mas Adipati Sastrodiningrat dan cucu dari Bupati Demak, Tjondronegoro.

Saat RA Kartini menginjak dewasa, beliau menilai kaum wanita penuh dengan kehampaan, kegelapan, ketiadaan dalam perjuangan yang tidak lebih sebagai perabot kaum laki-laki yang bekerja secara alamiah hanya mengurus dan mengatur rumah-tangga saja.

RA Kartini tidak bisa menerima keadaan itu, walaupun dirinya berasal dari kaum bangsawan, namun tidak mau ada perbedaan tingkatan derajat, Kartini sering turun berbaur dengan masyarakat bawah yang bercita-cita merombak perbedaan status sosial pada waktu itu, dengan semboyan, “Kita Harus Membuat Sejarah, Kita Mesti Menentukan Masa Depan Kita yang Sesuai Keperluan Kita Sebagai Kaum Wanita dan Harus Mendapat Pendidikan Yang Cukup Seperti Halnya Kaum Laki-Laki.”

RA Kartini mengecap pendidikan tinggi setara dengan pemerintah kolonial Belanda dan terus memberi semangat kaum perempuan untuk tampil sama dengan kaum laki-laki. Pernikahan dengan Bupati Rembang, Raden Adipati Joyoningrat, lebih meningkatkan perjuangannya melalui sarana pendidikan dan lain-lain.

RA Kartini wafat pada usia 25 tahun, beliau pergi meninggalkan Bangsa Indonesia dalam usia sangat muda yang masih penuh cita-cita perjuangan dan daya kreasi yang melimpah.

Perjuangan RA Kartini berhasil menempatkan kaum wanita ditempat yang layak dan mengangkat derajat kaum wanita dari tempat gelap ke tempat terang benderang sesuai dengan karya tulis beliau yang terkenal berjudul, “Habis Gelap Terbitlah Terang.”

Monday, April 5, 2010

Rindu pada kedua orang tua ku.. Part I

Salam..

Hari ni baru terbetik untuk membuat posting. Sebagai mukadimah biarlah saya meluahkan rasa perasaan yang begitu syahdu..

Syahdu kerana rindu pada kedua ibubapa saya yang sudah tiada. Ya rindu pada yang SUDAH TIADA. Walaupun kita dikelilingi oleh insan-insan tidak kira yang kita sayang atau yang menyayangi kita..tetapi perasaan tidak beribubapa lebih terasa sunyi dan hiba..

Rasanya saya akan menulis tentang Ayah dahulu kerana kehilangannya masih terasa dan teringat-ingat hingga sekarang. Ini kerana saya sendiri berada disisinya di penghujung nafasnya. Sempat juga membaca Surah Yassin di telinga Ayah. Masih terngiang-ngiang Ayah sempat mengadu "Aduh!!sakitnya...sakitnya.".sambil mengeluarkan airmata ..mungkin ketika itulah sakaratul maut sudah hampir.."kesian Ayah" kami adik-beradik sempat dengan lembut membisikkan ke telinga Ayah supaya mengucap. Nasib baik 13 orang anak-anak Ayah ada di sisi Ayah ...

18 April ni genaplah 3 bulan Ayah meninggalkan kami. Ayah, anakmu ini bila nampak laut jer terus teringatkan Ayah...nak tau kenapa . Dengan rezeki dari lautlah Ayah memberi kami makan,minum dan membeli pakaian,juga persekolahan kami. Yelah Ayah pernah menjadi pelaut . Itu pun pekerjaan terakhir selepas pencen dari menjadi polis bantuan dan akhir sekali pekebun sekolah rendah tempat saya belajar..

Ayah,apa yang anakmu bangga tentang Ayah adalah Ayah seorang yang penyabar. Tidak pernah kami mendengar Ayah mengherdik atau menengking kami adik-beradik. Cuma masa Ibu masih hidup lagi, Ibu lah yang banyak menegur kami. Hingga di hujung usia Ayah, saya tidak pernah mendengar herdikan atau tengkingan Ayah..penampar? rasanya seingat saya memang tidak pernah langsung..itulah Ayah..Oh! Ayah..Kalau ada pun, Ayah sekadar meninggikan sedikit volume suaranya...

Ayah, ingat lagi masa anakmu ini masih kecil,Ayah begitu mahir membuat bot nelayan..halaman rumah kita sebagai saksi akan kemahiran Ayah..Bila Ayah dah mula mengetam kayu-kayu dan yang tidak boleh anakmu ini lupa ialah "damar" yang dijadikan penampal antara kayu-kayu agar bot nanti tidak dimasuki oleh air..anakmu suka sekali mengacau-ngacau damar tersebut.

Tapi kemahiran Ayah membuat jala dan membuat sampan tidak ada pada kami adik beradik..atau kami sendiri tidak ambil pusing..mungkin sebab pekerjaan atau hobi itu tidak glamor.


p/s: rasanya saya akan sambung kembali kemudian nanti yea. Bila menulis artikel ni, hiba dan sebak :(

Thursday, April 23, 2009

Slimming Program "RM 399" In One Month.

Rasanya sudah lama saya tidak membuat pembaharuan info untuk blog saya..

Nanti sambung balik

Thursday, February 5, 2009

Khasiat Peluk Isteri





Khasiat Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.



Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.



``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.





Bermula Satu Perjuangan..

Hmmm..jangan terkejut dengan tajuk di atas. Bukan perjuangan di Gaza atau perjuangan yang besar-besar dan hebat-hebat seperti sahabat-sahabat kita di luar sana.

Cukup saya perkatakan perjuangan untuk diri saya sendiri di mana bermula minggu depan saya terpaksa melupakan cuti hujung minggu saya. Ini kerana saya terpaksa menyambung skill/kemahiran saya dalam bidang Kecantikan..ya life must goes on..So dah banyak saya tertinggal dalam bidang ini. Pada minggu lepas saya dapat panggilan dari seorang yang saya anggap cifu yang saya sayangi dan hormati iaitu Cikgu Normah. Beliau menelefon bertujuan menawarkan kerja sebagai Tenaga Pengajar/Trainer di Akademi Kecantikan beliau sendiri..

Saya cuma sempat mengatakan akan jumpa di Center beliau, yelah bersemuka lagi senang nak diskus. Di jadikan cerita saya setuju untuk buat part time .. Memandangkan saya masih bekerja di syarikat sekarang. Di jadikan cerita hari Selasa semalam saya kebetulan kami para Trainer juga pelajar kena wajib ada di Center beliau. Disebabkan pegawai dari Kementerian Sumber Manusia dari Unit JPK dulu dikenali dengan MLVK..untuk memberi elaun kepada pelajar-pelajar di situ. Pelajar-pelajar yang ada mengambil kursus SLDN jadi setiap mereka layak menerima elaun RM300 setiap bulan.

Terfikir pada tahun 2003 saya ambil SKM Level 1 pun dah kena yuran RM3000..duit sendiri..untung mereka sekarang,kerajaan taja ..free jer ..tapi jangan tak bersyukur dan menghargai udah ler.

Yang saya ini pulak, kena le sambung SKM Level 3(Malaysia) plus nak ambil City & Guild (dari UK).. sebagai cikgu kenalah upgrade dari pelajar-pelajar..

Tapi Level 3 ni best sikit sebab banyak guna mesin. Subjek yang menarik "Slimming"..
Okey ler..

Sebab itu, selama ni ronda-ronda sakan dengan suami tercinta..

K sambung nnti..lain kali

Hargailah Isteri Anda


Hari ni lari tajuk sikit..entah mengapa indah pulak bait-bait tulisan ini. Walaupun banyak lagi tulisan yang lebih indah daripada ini,tapi saya tergerak untuk mencoret di blog saya..

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,suami dan anak-anak
Rugi dan binasalahsuami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah
yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang tetapi
Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri
sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaransiksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau
kemajlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi diapun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang
tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar
tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya
dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to bestepped upon,
She was made from hisside to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"Marilah kita ucapkan kalimah ini:"Laa ilaaha illallah!" x 10

Thursday, January 22, 2009

KURSUS KECANTIKAN DI BAWAH PROGRAM "SLDN" - Sistem Latihan Dual Nasional

Kepada sesiapa yang berminat untuk menambah kemahiran/skill dalam bidang Kecantikan (Beauty) yang mana sijil dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang mana dahulu dikenali dengan nama MLVK tetapi sekarang JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Saya masih ingat lagi 3 tahun lepas semasa saya menghadiri salah satu kursus (tak ingat plak kursus apa) dibawah anjuran Kementerian Sumber Manusia sendiri selama 2 hari di Kuala Lumpur ada menyebut tentang program SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional). Pada ketika itu, program tersebut belum dilaksanakan lagi dan masih dalam pemantauan pihak kementerian akan keberkesananya. Tetapi pada masa itu, saya diberitahu jika dilaksanakan pun hanya beberapa kursus seperti dalam bidang Automotif saja. Oleh itu,dikesempatan yang ada pada masa itu, alang-alang pegawai ada saya memberi cadangan agar Kursus untuk Kecantikan dimasukkan sekali dalam program SLDN tersebut.

Akhirnya, tahun lepas seorang cikgu yang pernah mengajar kursus tersebut pada saya pada tahun 2003 lagi, telah menghubungi saya kursus Kecantikan sudah dimasukkan dalam program tersebut.


Oleh itu di sini saya mewar-warkan satu berita baik kepada sesiapa yang berminat tetapi tiada cukup kewangan untuk mencuba proram SLDN ini.

### Pembiayaan penuh kursus Beauty oleh pihak Kementerian Sumber Manusia. ###

Tahap boleh ambil : Tahap 1,2 dan 3 selama 2 tahun.
Yuran : Anda cuma perlu bayar sebanyak RM 300.oo sahaja untuk yuran proses.
Umur yang layak :17 tahun - 35 tahun

Sila bawa bersama 2 keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan sijil berhenti sekolah 1 keping.

Daftar cepat kerana tempat terhad..

Sila hubungi saya sekiranya anda berminat email anggun131@gmail.com.


Serba ringkas Kursus Kecantikan - Tahap 1/Level 1



1. Pengenalan

Kursus Juru Kecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

2. Objektif

2.1 Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, b
erpengetahuan
dalam jurusan;

2.2 Memberi bimbingan dan latihan untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan

2.3 Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.



3. Ringkasan Kursus

3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara

penggunaan perkakas dan alatan solekan.

3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap,

pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

4. Modul Kursus


Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK.

4.1 Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
4.2 Penjagaan kesihatan diri dan salon
4.3 Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
4.4 Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka
4.5 Perawatan kaedah manual
4.6 Perawatan menggunakan mesin
4.7 Perawatan kuku
4.8 Teknik mekap - asas dan professional
4.9 Perawatan bulu mata
4.10 Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter
4.11 Pengurusan salon
4.12 Etika dan penampilan diri
4.13 Perhubungan awam

5. Aktiviti Kursus

5.1 Teori

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’ mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.

5.2 Amali
>
Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. “Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak. Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.

5.3 Latihan Niaga

Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut, juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.

5.4 Ceramah dan Demontrasi

Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.

6. Latihan Logi

Pelajar akan mendapat latihan di salon-salon terpilih selama lebih kurang 3 bulan atau lebih bergantung kepada kemahiran pelatih.

7. Persijilan dan Tempoh Kursus

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) .
Untuk tahap 1,2 dan 3 kursus selama 2 tahun.



8. Prospek Kerjaya

8.1 Bekerja sebagai Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.

8.2 Usahawanita dalam bidang kecantikan






Belajar penjagaan dan perawatan kulit wajah.


Penjagaan kebersihan salon dan susun atur


Teknik make-up asas hingga profesional

Waxing

Perawatan dan penjagaan kuku